Pages

Friday, 6 January 2012

Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW Khazanah Tamadun Islam & Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong


GURUN- Sekitar Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW & Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong yang di adakan di Dewan Sri Zaleha (NAZA), Gurun Kedah pada 5-19 Disember 2011 Anjuran bersama Yayasan Restu, Silat gayung & NAZA. Tetapi kerana sambutan yang menggalakkan, tarikh pameran di lanjutkan sehingga 31 Desember 2011. Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan.. Pameran ini diadakan bertujuan memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga Pameran ini menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam terhadap perjuangan menegakkan Islam di jalan yang diredhai Allah SWT. Selain itu pengunjung juga didedahkan dengan seni bela diri orang melayu serta peralatan yang digunalan seperti keris, tombak dan sebagainya... Aku ditugaskan  di sana untuk mendedahkan kepada orang awam terutamanya di sekitar utara tentang seni khat. walaupun ramai yang tidak tahu fungsi khat tu yang sebenarnya tapi ramai yang berminat untuk mengenalinya... tak terlayan jugak... disamping tu Yayasan Restu jugak menyediakan khidmat penulisan khat harga dari serendah RM2.00 membuatkan aku tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan..

No comments:

Post a Comment